1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan
yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,"Mudah-
mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga
Allah mengangkat darjatnya."
2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau,
katakanlah," Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi
dia lebih baik daripada aku."
3. Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka
katakanlah," Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan
berbakti kepada Allah daripada aku."
4. Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah," Dia telah
diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui
apa yang aku tidak tahu."
5. Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah," Dia
adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana
kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku
mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. "
6. Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah," Aku
tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam
keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam
keadaan Suul Khatimah." Na'uzubillah. ..